Bersempena Gamescon 2018 yang akan berlangsung bermula 21 ogos sehingga 25 Ogos ini, Blizzard akan mengadakan sesi percubaan khas untuk Overwatch di mana anda berpeluang untuk bermain permainan tersebut secara percuma bermula 2 pagi 24 Ogos 2018 sehingga 3 petang 28 Ogos 2018.

Seperti sesi percubaan Overwatch sebelum ini, anda berupaya untuk mencuba kesemua mod yang ada di dalam permainan ini tanpa had dan jika anda mengambil keputusan untuk membeli permainan tersebut, anda boleh terus menyambung kesemua kemajuan anda tanpa perlu bermula dari awal.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mencuba mod dan juga mendapat barangan khas Acara Overwatch Summer Games yang sedang berlangsung sekarang. Selepas tamat tempoh percubaan, pemain perlu membeli untuk terus bermain.

Sesi percubaan untuk Overwatch ini adalah terbuka untuk semua pemain di kesemua konsol yang dikeluarkan iaitu PlayStation, Xbox One dan PC.

Sohor Kini