Realm Royale merupakan permainan pertempuran royale yang dibangunkan oleh Hi-Rez Studios, iaitu pembangun yang sama untuk permainan multi-pemain Paladins. Realm Royale memasuki peringkat akses awal di Steam pada Jun 2018 dan ditawarkan secara percuma.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh SteamDB, permainan tersebut mencatat jumlah pemain serentak tertinggi iaitu 105,440 pada awal Jun. Kini, selepas 2 bulan ia sekadar mencatat 5561 jumlah pemain serentk iaitu penurunan sebanyak 94%.

Dengan kejayaan PUBG dan Fortnite sudah semestinya menjadikan pertempuran royale sesuatu yang popular namun ia juga memberikan cabaran yang besar untuk permainan lawan menembusi pasaran yang sama.

Dengan perkembangan ini Realm Royale sudah semestinya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan pemain terus bermain atau permainan ini mungkin dihentikan sebelum dikeluarkan secara sepenuhnya.

Sohor Kini