Crossy Road merupakan permua yang dibangunkan oleh Hipster Whale dan dikeluarkan pada tahun 2014 untuk Android dan iOS. Ia merupakan permainan percuma untuk dimuat turun tetapi mempunyai pembelian di dalam aplikasi dan juga iklan.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Sensor Tower, sejak dikeluarkan hampir 4 tahun lepas, permua ini telah mencatat pendapatan sebanyak $10 juta (~RM41 juta).
Daripada jumlah tersebut 61% perbelanjaan adalah pemain dari Amerika Syarikat. Manakala untuk platfrom, 76% adalah dari iOS dan selebihnya iaitu 24% adalah dari Google Play.
Untuk permua yang sudah dikeluarkan hampir 4 tahu, RM41 juta bukanlah satu jumlah yang tinggi. Namun, permua ini tidak mempunyai pembelian di dalam aplikasi yang penting sebaliknya sekadar menjual watak dan kosmetik sahaja.