Pada awal bulan ini, Nintendo berkongsi video lanjut untuk Pokemon Let’s Go. Selain memperlihatkan kawasan bandar Vermillion dan watak-watak lama seperti Team Rocket, ia juga memperlihatkan Mega Evolution.
Mega Evolution merupakan evolusi peringkat tertinggi Pokemon yang asalnya diperkenalkan di permainan Pokemon X dan Y. Melalui Mega Evolution, Pokemon berupaya untuk berubah menjadi lebih kuat. Namun, ianya hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk sesi pertempuran.
Sebelum ini mereka memperlihatkan Mega Evolution untuk Venusaur, dua untuk Charizard iaitu X dan Y dan Blastoise. Melalui video terbaru, mereka memperlihatkan dua lagi Mega Evolution iaitu untuk Kangaskhan dan Gyarados.
Pokemon: Let’s Go Pikachu! dan Let’s Go Eevee! merupakan permainan seterusnya Pokemon yang mana ia dibangunkan khas di konsol Switch. Ianya dilancarkan secara dua versi dimana pemain akan memilih pilihan Pokemon utama, melalui jenis permainan tersebut. Melaluinya, pemain akan mengembara di kawasa Kanto, iaitu kawasan daripada Pokemon Red. Permainan ini akan dilancarkan pada 16 November ini,