Di dalam permainan The Witcher 3, dalam satu adegan selepas Geralt berjumpa kembali dengan Ciri, beliau ingin mengetahui dunia-dunia yang dilawati oleh Ciri semasa bersembunyi daripada penjahat di dalam permainan tersebut.

Ciri yang mempunyai kuasa untuk memasuki mana-mana dunia tidak kira masa lepas atau masa depan menceritakan satu dunia yang mempunyai berteknologi tinggi, dunia tersebut sebenarnya merupakan dunia permainan terbaru dari CD Projekt Red iaitu Cyberpunk 2077.

Namun, seorang peminat melalui channel Youtube beliau Tolkfan mengambil adegan tersebut tetapi menyertakan video dari filem Star Wars. Ia dilakukan dengan baik sehinggakan kami seakan percaya yang Ciri sebenarnya memasuki dunia Star Wars.

Dengan kuasa yang ada pada Ciri, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dipercayai jika kita lupakan mengenai IP.

Sohor Kini