H1Z1 merupakan salah satu permainan asal Battle Royale, dan turut menjadi inspirasi untuk pelbagai permainan dibawah genre Battle Royale hari ini. Selepas dikeluarkan secara penuh di PC pada Mac lepas, ia turut dikeluarkan untuk PS4 pada bulan Mei lepas.
Walaupun baru sahaja dikeluarkan untuk PS4, ia telah mencapai 10 juta pemain pada bulan lepas dan kini menambah 2 juta lagi pemain. Melalui kuciran di akaun Twitter mereka, H1Z1 untuk PS4 kini mempunyai lebih 12 juta pemain.
[PS4] THANK YOU to all 12 million+ of you who have joined us in Pleasant Valley on PS4 so far! To celebrate launch, we're giving you the first ever Marauder skin – log in and play a match between now and August 26 to unlock your FREE Wildstyle Marauder: https://t.co/9WNnW8frQV pic.twitter.com/hexisPYrZh
— H1Z1 (@H1Z1) August 16, 2018
Atas kejayaan ini, mereka memberikan hiasan senjata Marauder secara percuma. Pemain hanya perlu bermain satu pertempuran di antara hari ini sehingga 26 Ogos untuk mendapatkannya.
Namun, permainan ini masih tidak ditawarkan secara rasmi di Playstation Store Malaysia. Anda memerlukan akaun rantau lain untuk memuat-turun dan mencubanya.