Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan berkas Fortnite untuk PlayStation 4 yang akan dipasarkan bermula 27 Ogos 2018 di Malaysia dengan harga RM1,272.64

Berkas ini mengandungi konsol PlayStation 4 berwarna Jet Black dengan kapasiti storan 500GB, alat kawalan DUALSHOCK 4, langganan PlayStation Plus selama sebulan (untuk bukan pelanggan sahaja) dan kad baucar Fortnite yang boleh di tebus untuk mendapatkan kostum Royale Bomber dan 500 V-Bucks.

Konsol PlayStation 4 yang disertakan tidak mempunyai sebarang rekaan berbeza sepertimana set berkas yang lain. Jika berminat anda boleh mendapatkannya di pengedar rasmi Sony dan PlayStation.

Seperti sedia maklum, akaun Fortnite yang digunakan di PlayStation 4 tidak boleh digunakan di konsol Xbox One dan juga Switch tetapi tiada masalah untuk permua dan PC.

Leave a Reply