Skip to main content

Generation Zero merupakan permainan terbaru yang dibangunkan oleh Avalanche Studio dan pertama kali diumumkan pada bulan Jun lepas. Bulan lepas mereka menandatangani perjanjian bersama THQ Nordic untuk menerbitkan permainan ini.

Minggu ini, Avalanche Studio berkongsi trailer baharu untuk Generation Zero yang memperlihatkan pelbagai bentuk permainan. Seperti diumumkan sebelum ini, ia merupakan permainan dunia terbuka dan boleh dimainkan secara solo ataupun berkumpulan seramai 4 orang.

Melalui trailer tersebut, ia juga memperlihatkan pelbagai jenis robot yang pemain harus bertempur. Setiap robot mempunyai kelemahan tersendiri yang pemain boleh gunakan untuk menyerang. Selain senjata, pemain juga boleh menggunakan persekitaran untuk memasang perangkap.

Permainan ini juga mempunyai dunia yang dinamik, perubahan cuaca dan masa akan berlaku. Selain pertempuran, pemain juga perlu mengembara untuk mencari barangan untuk ketahanan hidup. Pemain juga boleh mengembara untuk menyiasat apa yang berlaku di dalam dunia tersebut.

Generation Zero bakal dikeluarkan pada tahun 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Jika anda ingin mencuba lebih awal, beta tertutup akan bermula pada suku keempat tahun ini. Anda boleh mendaftar minat melalui pautan ini.

Leave a Reply