Seperti yang kami laporkan semalam, pengumuman Diablo III untuk Switch tertiris dan hari ini Forbes mengeluarkan laporan tersebut secara rasmi.
Diablo III untuk Switch akan dipanggil sebagai Eternal Collection dan mengandungi Diablo III, penambahan Reaper of Souls dan Rise of the Necromancer serta kesemua kandungan yang disertakan di versi lain.
Versi Switch juga akan mengandungi kandungan yang eksklusif iaitu kostum the Legend of Ganondorf, bingkai gambar Tri-Force, dan juga barangan kosmetik Echoes of the Mask. Selain permainan solo, ia juga menyokong pelbagai cara bermain iaitu;
- Bermain berkumpulan seramai 4 pemain di satu konsol Switch
- Bermain berkumpulan seramai 4 pemain menggunakan 4 konsol Switch tanpa menggunakan internet
- Pemain juga boleh bermain bersama secara atas talian tetapi memerlukan Nintendo Switch Online.
Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya di Switch, terutama dengan sokongan pelbagai cara bermain sudah semestinya memudahkan untuk bermain secara berkumpulan.
Diablo III: Eternal Collection bakal tiba suku keempat tahun ini dan akan berharga $59.99 (~RM246) mengikut penyenaraian di Nintendo eShop.