Sony hari ini mengumumkan yang mana mereka telah menjual lebih 3 juta set kepala PlayStation VR di seluruh dunia sehingga ke hari ini.
PlayStation VR sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2016 yang lepas, dimana ia ditawarkan sebagai pelengkap untuk PlayStation 4. Pengguna boleh memainkan pelbagai permainan berbentuk realiti-maya dengan memakainya pada kepala selain menggunakan alat kawalan PS4, atau beberapa aksesori tambahan yang lain.
Beberapa permainan menarik juga turut telah ditawarkan untuk PlayStation VR ini sejak ia dilancarkan, termasuk seperti Skyrim VR. Angka pengguna PlayStation VR ini boleh dikatakan masih sedikit, tetapi dengan perkongsian terbaru daripada Sony ini, ia mungkin membuatkan lebih ramai pembangun permainan untuk membangunkan permainan untuk platform ini.