Informasi Permainan Video Terkini
Playstation Experience (PSX) SEA 2018 – Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Playstation Experience (PSX) SEA 2018 – Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Acara terbesar Playstation buat Asia Tenggara, iaitu Playstation Experience PSX SEA 2018 akan berlangsung hujung minggu ini di Bangkok, Thailand. Berikut merupakan perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum ke acara tersebut.

Playstation Experience PSX SEA 2018 akan berlangsung di GMM Live House, yang terletak di pasaraya Central World, Bangkok, Thailand. Acara tersebut akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Ogos bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam untuk kedua-dua hari.

Bagi anda yang ingin ke acara tersebut dan ingin mencari hotel berdekatan, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat pelbagai hotel yang terletak berdekatan dengan lokasi acara tersebut. Di sini kami sediakan satu pautan dimana anda boleh mencari hotel terdekat dan memilih pilihan harga mengikut bajet anda.

Layari : Hotel Berdekatan PSX SEA 2018

Namun, bagi anda yang ingin ke acara tersebut, PSX SEA 2018 kali ini tidak lagi mempunyai kemasukkan secara percuma dimana kali ini, anda perlu membeli tiket untuk memasuki acara tersebut. Namun harganya tidaklah begitu mahal dan bagi anda yang membuat pra-tempahan awal, anda berpeluang untuk mendapat sebilangan hadiah dan Tshirt khas. Berikut adalah senarai tiket yang tersedia

  • Tiket VIP – 600฿(~RM74) untuk sehari. Melalui tiket ini, pelawat dibenarkan masuk seawal 10 pagi disertakan bersama T-shirt esklusif, 100฿ baucar permainan dan barangan lain. Tiket ini hanya boleh dibeli secara atas-talian sebelum acara tersebut melalui laman Thai Ticket Major. Ia sudah mula dijual bermula 25 Julai lepas.
  • Tiket Tengah hari – 200฿(~RM24) untuk sehari. Melalui tiket ini, pelawat dibenarkan masuk pada 2 petang dan disertakan 100฿ baucar permainan.
  • Tiket Petang – 100฿(~RM13) untuk sehari. Melalui tiket ini, pelawat dibenarkan masuk pada 6 petang dan disertakan 100฿ baucar permainan.

Berikut pula adalah senarai permainan yang bakal terdapat di acara PSX SEA 2018 dimana anda berpeluang untuk mencubanya.

  1. Astro Bot: Rescue Mission
  2. Frantics
  3. Blood & Truth
  4. Sekiro: Shadows Die Twice
  5. Firewall Zero Hour
  6. Marvel’s Spider-Man
  7. Spyro Reignited Trilogy
  8. Jump Force
  9. Naruto To Boruto Shinobi Striker
  10. Soul Calibur VI
  11. Mega Man 11
  12. Resident Evil 2
  13. FIFA 19
  14. Tetris Effect
  15. Fortnite
  16. Dead Or Alive 6
  17. Sonic Mania Plus
  18. Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age
  19. Kingdom Hearts III
  20. Shadow of The Tomb Raider
  21. LEGO DC Super-Villains
  22. Warriors Orochi
  23. Overcooked! 2
  24. Cat Quest 2
  25. Aeterno Blade II
  26. Buglords
  27. Legrand Legacy
  28. Ultra Space Battle Brawl
  29. Valthirian Arc: Hero School Story

Manakala, imej diatas pula adalah imej peta buat acara PSX SEA 2018 tersebut dimana anda boleh melihat dan merujuk peta tersebut untuk mencari lokasi dan senarai permainan yang anda berminat untuk mainkan.

Menariknya, ketika acara tersebut, akan terdapat lokasi untuk anda mengambil foto, arca Assassin’s Creed: Odyssey dan juga reruai kedai barangan Playstation.

Ketika acara PSX SEA 2018 tersebut, Sony juga menyertakan sebilangan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti mengumpul kad-kad khas rekaan PSX SEA 2018 yang anda boleh dapatkan hanya di acara tersebut.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapat barangan digital lain seperti avatar dan tema Playstation 4 dengan melakukan aktiviti melalui aplikasi telefon pintar Playstation Experience. Untuk muat-turun aplikasi tersebut, anda boleh memuat-turunnya di pautan dibawah.

Muat-Turun iOS : Playstation Experience

Muat-Turun Android : Playstation Experience

Selain daripada demo permainan, ketika acara PSX SEA 2018, akan terdapat juga acara yang berlangsung di pentas. Antaranya adalah:

  • Bryan Dechart dan Amelia Rose-Blaire dari permainan Detroit: Become Human
  • Hokuto Okamata dan Takeshi Uchikawa dari Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age
  • Lowcost Cosplay
  • Sesi permainan bersama penggalak permainan dari Thailand

Berikut pula adalah senarai tarikh dan waktu acara tersebut, dimana bagi anda yang tidak berpeluang untuk ke acara tersebut, Sony juga mengadakan acara langsung melalui Facebook rasmi PlaystationAsia.

Kesemua senarai di atas adalah senarai acara dan permainan yang diumumkan setakat ini. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang kemaskini terbaru jika terdapat sesuatu yang baru diumumkan oleh pihak Sony kelak.

Bagi anda yang akan berada di acara tersebut, jangan lupa untuk bertegur sapa dengan kami di Aksiz. Jumpa anda di sana.


TIPS & ULASAN