Informasi Permainan Video Terkini
Undertale Versi Switch Bakal Tiba September Ini – Edisi Collector’s Diumumkan

Undertale Versi Switch Bakal Tiba September Ini – Edisi Collector’s Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 15, 2018 oleh .

Sebelum ini di acara Nintendo Direct, Toby Fox mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Undertale ke konsol Switch yang mana kini menurut akaun rasmi Twitter Toby Fox tersebut, mereka menyatakan bahawa Undertale versi Switch akan dilancarkan pada September ini.

Namun buat masa ini tarikh pelancaran masih belum diumumkan. Namun menurut laporan Gematsu, ianya bakal tiba 15 September ini.

Menurut Toby Fox, mereka akan melancarkan permainan tersebut secara digital melalui Nintendo eShop dan pada masa yang sama, edisi Collector’s juga diumumkan dimana mereka akan menyertakan sebilangan barangan tambahan seperti loket bersama-sama dengan permainan tersebut dalam bentuk fizikal.

Namun buat masa ini, edisi tersebut hanya boleh dipra-tempah melalui laman rasmi Fangamer dengan harga $69.99(~RM287).

Undertale merupakan permainan RPG yang menjadi ikutan ramai dengan bentuk penceritaannya yang unik. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Playstation Vita, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN