Dengan pelancaran permainan Marvel’s Spider-Man yang semakin hampir September ini, Insomniac Games hari ini mempertontonkan trailer pelancaran buat permainan tersebut yang mana ia memaparkan sebilangan adegan-adegan baru bersama pelbagai musuh yang bakal pemain tempuhi.
Melalui video tersebut, Insomniac Games mempertontonkan sebilangan musuh-musuh yang bakal tiba buat permainan tersebut seperti Rhino, Kingpin dan sebagainya. Menariknya juga, watak Miles Morales juga diperlihatkan yang mana beliau seakan menjadi salah satu watak utama di dalam permainan tersebut.
Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif dan ia akan dilancarkan pada 7 September 2018 ini.
Bagi anda yang berminat, ianya kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation dan kedai atas-talian Playstation Store bermula dengan harga RM199. Sebelum ini, Sony juga mengumumkan edisi berkas bersama Playstation 4 juga bakal dilancarkan bersama.
Kami juga sebelum ini telah membuat pandang pertama permainan tersebut dimana anda boleh membacanya di pautan di bawah.
Pandang Pertama Marvel’s Spider-Man – Bakal Tiba Di PlayStation 4 Pada 7 September Ini