Permainan Percuma Hari Ini: Insurgency (Steam)

Insurgency merupakan permainan menembak pandang pertama secara multi-pemain. Berbeza dengan permainan seperti CS:GO, Insurgency lebih mementingkan strategi dan juga lebih realistik.

Permainan ini mendapat penerimaan yang baik namun tidak sebai permainan menembak pandang pertama yang lain disebabkan ia lebih sukar. Antara perbezaan dengan permainan lain, di dalam permainan ini, semasa pertempuran anda tidak tahu jika sudah membunuh lawan.

Terdapat juga mod koperasi yang memerlukan anda untuk menyelesaikan pelbagai misi bersama rakan. Di Steam, bermula hari ini sehingga 16 Ogos 2018, ia ditawarkan secara percuma dan anda dapat memilikinya secara sepenuhnya.

Permainan seterusnya untuk siri ini akan dikeluarkan pada bulan hadapan iaitu Insurgency: Sandstorm. Jadi ambil peluang untuk mencuba permainan ini terlebih dahulu.

Steam: Insurgency

Sohor Kini