PUBG Mobile dikeluarkan secara global pada Mac lepas dan berdasarkan laporan Sensor Tower, permua tersebut telah menjana pendapatan sebanyak $50 juta (~RM204 juta).
Sebelum ini kami ada melaporkan yang walaupun mempunyai jumlah muat turun lebih tinggi namun PUBG Mobile masih ketinggalan dari segi menjana pendapatan berbanding permua Fortnite.
Selepas pengenalan Royale Pass baru-baru ini, tampaknya pendapat PUBG Mobile terus memperlihatkan peningkatan. Sebelum Royale Pass diperkenalkan, PUBG Mobile menjana pendapat sebanyak $170 ribu (~RM696 ribu) sehari. Kini, permua tersebut menjana $689 ribu (~RM2.8 juta) sehari iaitu peningkatan sebanyak 400%.
Jika peningkatan ini berterusan, ada kemungkinan PUBG Mobile akan menghampiri atau mengatasi jumlah pendapatan yang dijana oleh permua Fortnite.