Skip to main content

Sebelum ini, Capcom mengumumkan edisi terhad buat permainan Resident Evil 2 yang mana ia menyertakan figura khas Leon S. Kennedy. Kini tampaknya, Capcom bakal melancarkan satu lagi edisi terhad buat permainan tersebut yang mana ia menyertakan papan kekunci bluetooth khas rekaan seakan rekaan mesin taip klasik berdasarkan permainan tersebut.

Melalui versi BIOHAZARD RE:2 Z Version PREMIUM EDITION, Capcom akan menyertakan kandungan yang sama seperti edisi Collector’s sebelum ini, namun mereka juga akan ‘Ink Ribbon’ iaitu pita pelekat khas dengan rekaan bertemakan permainan Resident Evil 2 bersama-sama dengan papan kekunci bluetooth khas tersebut. Set ini, akan berharga ¥99,800(~RM3,677).

Namun, Capcom juga mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkannya secara berasingan dimana pemain boleh dapatkannya tanpa edisi terhad Collector’s ataupun mendapatkan papan kekunci itu sahaja dengan harga ¥75,000(~RM2,764).

Menariknya, menurut Capcom, papan kekunci tersebut dilengkapi dengan fungsi Bluetooth, sekaligus ianya boleh digunakan di PC dan juga peranti telefon pintar.

Buat masa sekarang, set edisi terhad ini hanya akan tiba buat pasaran Jepun sahaja. Capcom masih belum mengumumkan sebarang pelancaran buat edisi global, namun adakah anda sendiri berminat untuk mendapatkan papan kekunci yang bernilai lebih hampir RM3,000?

Leave a Reply