Sempena dengan acara QuakeCon 2018 yang berlangsung semalam, Bethesda Softworks berkongsi video acah terbaru buat permainan Rage 2 yang mana mereka memperlihatkan bentuk permainan secara lebih mendalam.

Melaluinya, Bethesda Softworks memperlihatkan bentuk pertempuran atas kenderaan bersama-sama musuh-musuh yang bakal pemain tempuhi. Terdapat sebilangan kumpulan musuh yang akan tiba buat permainan ini yang mana setiap satunya mempunyai bentuk pertempuran yang berbeza.

Menariknya juga, Rage 2 kali ini akan menyertakan sebilangan kemahiran baru buat pemain dan sepanjang pengembaraan pemain, pemain berupaya untuk menyah kunci pelbagai kemahiran lagi untuk memudahkan pemain bertempur dengan musuh.

Selain itu, Bethesda Softworks juga memperlihatkan dunia terbuka permainan tersebut yang mana pasti akan menjadi satu dunia yang luas memandangkan ianya dibangunkan oleh Avalanche Studios, yang mana mereka juga adalah pembangun terkenal untuk siri Just Cause.

Sebelum ini, Bethesda Softworks juga berkongsi sebilangan edisi terhad yang bakal tiba bersama permainan tersebut dimana anda boleh melihatnya di pautan ini.

Rage 2 akan dilancarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada musim bunga 2019 iaitu antara bulan Mac dan Jun 2019 ini.

Sohor Kini