Ketika acara QuakeCon 2018 yang berlangsung semalam, Bethesda Softworks dan id Software mengumumkan bahawa permainan Quake Champions sekarang boleh dimainkan secara percuma.
Sebelum ini, permainan tersebut dilancarkan sebagai akses awal dimana versi percumanya adalah terhad ketika Jun lepas sahaja. Kini, tampaknya Bethesda Softworks akhirnya melancarkan permainan tersebut secara percuma melalui Steam dan Bethesda.net.
Quake Champions merupakan permainan menembak Arena berdasarkan permainan Quake yang dikeluarkan 20 tahun yang dahulu. Kini, melalui akses percuma ini, Bethesda Softworks juga memperkenalkan watak baru iaitu Death Knight yang akan menyertakan sebilangan watak-watak lain buat permainan tersebut.
Selain itu, Bethesda Softworks juga menawarkan sebilangan kandungan tambahan yang pemain boleh dapatkan melalui DLC permainan tersebut.
Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan ini secara percuma melalui pautan dibawah.
[download]Steam: Quake Champions[/download]