Monster Hunter: World merupakan permainan terbaru dari siri Monster Hunter oleh Capcom. Permainan ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada Januari lepas dan mendapat sambutan yang baik dari segi jualan dan juga ulasan.

Hari ini, pemain di PC mula boleh memburu raksasa di dalam permainan ini dan tampaknya ia tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat sambutan yang baik.

Berdasarkan data yang disediakan oleh Steam Charts, Monster Hunter: World mencatat 239,779 jumlah pemain serentak yang merupakan ketujuh tertinggi di Steam.

Selain itu, ia juga memegang rekod untuk permainan yang dikeluarkan pada tahun 2018, jauh meninggalkan permainan di tempat kedua iaitu Kindom Come: Deliverance yang mencatat 96 ribu pemain serentak.

Dengan kejayaan dalam masa singkat ini, Monster Hunter: World sudah semestinya menjadi satu permainan yang besar untuk Capcom. Tahniah kami ucapkan.

Sohor Kini