Harry Potter: Hogwarts Mystery merupakan permua yang dibangunkan oleh Jam City dan dikeluarkan pada 25 April lepas. Kini, berdasarkan laporan Sensor Tower, permua tersebut menjana pendapatan sebanyak $55 juta (~RM224 juta) sejak dilancarkan 4 bulan yang lepas.
Daripada jumlah tersebut, 47% pendapatan adalah dari pemain dari Amerika Syarikat. Selain pada itu, laporan tersebut juga mengatakan jumlah muat turun meningkat sebanyak 11% dari bulan ke bulan dan pada Jun sahaja permua tersebut dimuat turun sebanyak 3.15 juta.
Ini merupakan satu kejayaan yang baik untuk permua ini. Kami sebelum ini memberi ulasan yang agak sederhana disebabkan sistem tenaga yang agak menyusahkan. Namun, berdasarkan pencapaian ini sistem tersebut walaupun tidak digemari tetapi masih menjana pendapatan untuk mereka.
Ulasan Harry Potter: Hogwarts Mystery – Permua Yang Menggunakan Sistem Tenaga Yang Menjengkelkan