Informasi Permainan Video Terkini
Red Dead Redemption 2 Akan Dimainkan Dengan Resolusi 4K di PS4 Pro dan Xbox One X

Red Dead Redemption 2 Akan Dimainkan Dengan Resolusi 4K di PS4 Pro dan Xbox One X

Diterbitkan pada Ogos 10, 2018 oleh .

Semalam, Rockstar memperlihatkan bentuk permainan Red Dead Redemption 2 melalui video baharu. Menariknya di bahagian penerangan Youtube, video tersebut dikatakan adalah sepenuhnya daripada permainan.

Berdasarkan video sama yang dimuat-naik oleh Youtube PlayStation mereka mengatakan video tersebut sepenuhnya di ambil daripada permainan yang dimainkan menggunakan PlayStation 4 Pro.

Berdasarkan temubual bersama USgamer, Rockstar mengesahkan yang video tersebut di ambil daripada permainan yang dimainkan di PlayStation 4 Pro dengan resolusi 4K. Mereka juga mengatakan Xbox One X akan mendapat resolusi yang sama.

Namun, tiada pengesahan mengenai jika resolusi 4k tersebut adalah secara native ataupun checkerboard. Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Bagi anda ingin melihat senarai edisi permainan yang diumumkan, anda boleh ke pautan ini.


TIPS & ULASAN