Cuphead merupakan permainan platformer yang dikeluarkan oleh Studio MDHR secara eksklusif untuk platfrom Microsoft. Permainan ini menerima ulasan yang sangat positif untuk bentuk permainan dan juga arahan seni.

Disember tahun lepas, kami melaporkan yang Cuphead telah terjual sebanyak 2 juta unit. Lanjutan pada itu, minggu ini Studio MDHR mengumumkan permainan tersebut telah terjual sebanyak 3 juta unit iaitu peningkatan sebanyak 1 juta unit selepas hampir 9 bulan.

Bersempena kejayaan ini, Cuphead dijual dengan harga potongan 20% iaitu RM30.40 berbanding RM38 di Steam. Manakala $15.99 (~RM65) berbanding $19.99 (~RM81) di Xbox Store.

Di acara E3 Jun lepas, DLC penambahan untuk Cuphead iaitu The Delicious Last Course turut diumumkan yang membawa pelbagai kandungan baharu dan akan dikeluarkan pada tahun 2019.

Tahniah kami ucapkan untuk Studio MDHR.

Sohor Kini