Sebelum ini, Nintendo berkongsi trailer baru berkenaan bentuk pertempuran gim buat permainan Pokemon: Let’s Go. Kini, Nintendo sekali lagi berkongsi trailer terbaru permainan tersebut dengan memaparkan sebilangan watak-watak lama yang bakal kembali, bersama-sama bentuk Mega Evolution.
Melalui trailer tersebut, Nintendo memperlihatkan kawasan bandar Vermillion yang pasti menjadi kenangan buat anda yang bermain permainan Pokemon generasi pertama ataupun menonton anime musim pertama Pokemon. Selain itu, watak penjahat terkenal, Jesse dan James dari Team Rocket juga bakal kembali di dalam Pokemon: Let’s Go.
Menariknya juga, Mega Evolution juga tiba di permainan ini dimana ianya merupakan evolusi peringkat tertinggi Pokemon yang asalnya diperkenalkan di permainan Pokemon X dan Y. Melalui Mega Evolution, Pokemon berupaya untuk berubah menjadi lebih kuat. Namun, ianya hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk sesi pertempuran.
Pokemon: Let’s Go Pikachu! dan Let’s Go Eevee! merupakan permainan seterusnya Pokemon yang mana ia dibangunkan khas di konsol Switch. Ianya dilancarkan secara dua versi dimana pemain akan memilih pilihan Pokemon utama, melalui jenis permainan tersebut. Melaluinya, pemain akan mengembara di kawasa Kanto, iaitu kawasan daripada Pokemon Red. Permainan ini akan dilancarkan pada 16 November ini,