Sebelum ini, Atlus menyatakan bahawa permainan Persona 3: Dancing In Moonlight dan Persona 5: Dancing In Starlight akan dilancarkan pada awal tahun depan, kini tampaknya permainan tersebut akan dilancarkan lebih awal iaitu pada 4 Disember 2018 ini.

Persona 3: Dancing In Moonlight Dan Persona 5: Dancing In Starlight merupakan permainan sampingan daripada siri Persona yang mana ia memfokuskan watak-watak dari siri Persona tersebut dengan permainan bentuk rentak muzik. Permainan ini asalnya dilancarkan di pasaran Jepun tahun ini dimana kini, Atlus akhirnya akan melancarnya secara global.

Tambahan juga, Atlus juga mengumumkan edisi terhad Endless Night Collection yang mana juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama dimana ia akan menyertakan kedua-dua permainan tersebut bersama permainan digital untuk Persona 4: Dancing All Night. Menariknya juga, edisi tersebut juga akan menyertakan buku karya seni khas.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya apabila ia diumumkan kelak.

Persona 3: Dancing In Moonlight dan Persona 5: Dancing In Starlight akan dilancarkan secara di Playstation 4. Manakala versi Playstation Vita pula akan hanya tiba secara digital sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menari bersama-sama watak-watak dari siri Persona bermula Disember ini.

Sohor Kini