Skip to main content

Perfect World Entertainment hari ini mengumumkan permainan seterusnya buat siri Torchlight iaitu Torchlight Frontiers akan dilancarkan pada tahun hadapan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Melaluinya, permainan aksi RPG ini bertempatkan di dunia yang sama dengan siri permainan Torchlight sebelum ini yang mana menurut pembangun permainan tersebut, Echtra Games menyatakan permainan ini juga akan menyertakan bentuk permainan yang sama.

Buat masa sekarang, tidak banyak dikongsikan oleh pembangun dan menurut mereka, sebarang informasi lanjut akan diumumkan ketika acara Gamescom kelak.

Leave a Reply