Fallout Shelter merupakan permua simulasi bunker yang dikeluarkan oleh Bethesda secara percuma untuk iOS dan Android pada tahun 2015. Permua ini kini juga dikeluarkan untuk platfrom lain iaitu PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.
Berdasarkan laporan oleh Sensor Tower, permua ini menjana pendapatan sebanyak $90 juta (~RM366 juta) semenjak dikeluarkan 3 tahun yang lalu. Jika mengikut negara, Amerika Syarikat mendahalui dengan menjana 59% daripada pendapatan keseluruhan dan jika mengikut platform 49% untuk App Store dan 51% untuk Google Play.
Tambah Sensor Tower, mereka menjangkakan permua ini akan mencecah $100 juta pada akhir tahun ini. Pendapatan ini adalah hanya untuk permua sahaja dan tidak termasuk untuk platform lain yang sudah semestinya akan lebih menambah jumlah pendapatan untuk permainan ini.