Informasi Permainan Video Terkini
Real Madrid Menjual Jersi Alex Hunter Secara Rasmi

Real Madrid Menjual Jersi Alex Hunter Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Alex Hunter merupakan watak utama di dalam mod penceritaan The Journey untuk permainan FIFA bermula FIFA 17. Melalui mod ini pemain akan bermain sebagai Alex Hunter yang kini sudah menjadi pemain bertaraf antarabangsa.

Bagi FIFA 19, Alex Hunter akan bermula sebagai pemain Real Madrid. Menariknya, Real Madrid melalui kedai mereka menjual jersi yang mempunyai nombor Alex Hunter dan nama beliau secara rasmi.

Tambahan, mereka juga membuat kuciran yang memperlihatkan video Alex Hunter dengan mengatakan pemain baharu mereka sedang berkasi. Ini merupakan promosi bersama untuk Real Madrid, FIFA 19 dan juga Adidas.

Kerjasama begini adalah perkara biasa, TM juga sebelum ini pernah melakukan kerjasama dengan Manchester United untuk kempen Mencari Ramli.

FIFA 19 bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 28 September ini


TIPS & ULASAN