Skip to main content

Child of Light merupakan permainan RPG yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal dan dikeluarkan untuk PlayStation 3, PlayStation 4, Vita, Wii U, Xbox 360, Xbox One dan PC pada tahun 2014.

Manakala, Valiant Hearts dibangunkan oleh Ubisoft Montpellier merupakan permainan pengembaraan tekaria dan dikeluarkan untuk PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One, PC dan juga permua juga pada tahun yang sama.

Minggu ini Ubisoft mengumumkan yang kedua-dua permainan tersebut akan dikeluarkan untuk Switch dan bakal tiba pada 11 Oktober 2018 untuk Child of Light manakala 8 November 2018 untuk Valaint Hearts.

Permainan ini walaupun mempunyai bentuk permainan yang berbeza namun keduanya berkongsi cara grafik yang dilukis tangan dan juga menggunakan enjin permainan yang sama iaitu UbiArt Framework. Selain itu, kedua-dua permainan ini juga menerima ulasan yang sangat baik.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya di Switch walaupun sudah pernah mencuba di platfrom lain.

Leave a Reply