Informasi Permainan Video Terkini
Scribblenauts Mega Pack Diumumkan – Bakal Tiba 18 September Ini Di Konsol

Scribblenauts Mega Pack Diumumkan – Bakal Tiba 18 September Ini Di Konsol

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Hari ini, Warner Bros. Interactive Entertainment mengumumkan mereka akan melancarkan berkas permainan Scribblenauts Mega Pack yang mana ia menyertakan edisi lengkap buat permainan Scribblenauts Unlimited dan Scribblenauts Unmasked: A DC Comics Adventure.

Menurut mereka, permainan tersebut akan tersedia bersama-sama kandungan tambahan yang telahpun dilancarkan sebelum ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 18 September ini.

Kedua-dua permainan tersebut sebelum ini telahpun dilancarkan di konsol Wii U, 3DS dan PC sahaja dimana ini merupakan pertama kalinya ianya bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga Switch sebagai edisi berkas permainan.

Melaluinya, pemain akan menyelesaikan pelbagai tekaria dengan menulis pelbagai jenis barangan di buku nota pemain, dan ianya akan menjadi nyata dan pemain boleh menggunakan barangan tersebut untuk menyelesaikan sebarang tekaria.

Sebelum ini Scribblenauts Showdown telahpun dilancarkan yang mana ia merupakan permainan terbaru buat siri tersebut. Kini, melalui berkas permainan ini, pemain berupaya untuk bermain dua permainan sebelum ini di konsol generasi kini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Scribblenauts Mega Pack bermula 18 September ini.


TIPS & ULASAN