Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Black Clover: Quartet Knights Bermula 17 Hingga 20 Ogos Ini

Beta Terbuka Black Clover: Quartet Knights Bermula 17 Hingga 20 Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Bagi anda yang terlepas dengan beta tertutup Black Clover: Quartet Knights bulan lepas, anda kini berpeluang untuk mencubanya sekali lagi melalui beta terbuka yang bakal berlangsung bulan ini.

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan beta terbuka buat permainan tersebut khas di konsol Playstation 4 yang mana ia bakal berlangsung bermula 17 sehingga 20 Ogos ini.

Beta terbuka untuk Black Clover: Quartet Knights akan menyertakan 14 watak yang pemain boleh mainkan bersama-sama dengan pelbagai mod permainan seperti mod latihan dan tiga mod permainan secara atas-talian iaitu “Control the Zone”, “Crystal Carry” dan “Treasure Hunt”.

Bagi anda yang berminat, beta terbuka tersebut akan berlangsung pada jam 3 petang pada 17 Ogos tersebut dan ianya akan tamat pada jam 3 petang pada 20 Ogos. Sepanjang beta terbuka tersebut, Bandai Namco juga akan mengadakan beberapa sesi penyelenggaraan dan waktunya anda boleh lihatnya dibawah.

Black Clover: Quartet Knight merupakan permainan yang berdasarkan siri anime Black Clover. Ia ditempatkan di dunia fantasi dimana kesemua manusia dilahirkan dengan kuasa magis, kecuali watak utama permainan tersebut, Asta yang mana beliau perlu bergantung kepada kuasa fizikal beliau. Ianya bakal tiba di Playstation 4 dan PC pada 14 September ini.


TIPS & ULASAN