Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Mempunyai “Beberapa Projek Diablo” Dalam Pembangunan
PC

Blizzard Mempunyai “Beberapa Projek Diablo” Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Blizzard mempunyai beberapa permainan popular dibawah mereka, dan salah satunya adalah Diablo. Siri Diablo sendiri berusia lebih 20 tahun, malah Diablo 3 sendiri telah dilancarkan pada 2012 yang lepas.

Dengan tempoh yang sekian lama sejak pengenalan versi Diablo 3, semestinya ramai peminat siri berkenaan menantikan apakah yang seterusnya dibawah siri permainan berkenaan.

Bercakap mengenainya, pengurus komuniti Blizzard hari ini berkongsi mengatakan mereka mempunyai “beberapa” projek Diablo dalam pembangunan. Malah, Blizzard mengatakan mereka akan berkongsi salah satu mengenainya pada penghujung tahun ini – berkemungkinan pada acara BlizzCon 2018 sekitar November kelak.

Bagi kami sendiri sebagai peminat siri Diablo ini, semestinya tidak sabar menantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Blizzard untuk permainan ini. Sementara itu, para peminat permainan Diablo boleh menikmati musim terkini permainan berkenaan, iaitu musim 14.


TIPS & ULASAN