Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Dragon Quest VIII Bakal Tiba Secara Percuma Buat Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age
PC

Kostum Dragon Quest VIII Bakal Tiba Secara Percuma Buat Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan kostum khas watak utama dari Dragon Quest VIII: Journey Of The Cursed King secara percuma buat permainan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age.

Menariknya, kostum tersebut boleh dipakaikan untuk meningkatkan ketahanan pemain ketika peringkat awal permainan dan pada masa yang sama, Square-Enix juga kaan menyertakan buku resepi khas yang akan menyenaraikan langkah untuk tingkatkan lagi kuasa kostum tersebut.

Bagi anda yang pernah bermain Dragon Quest VIII: Journey Of The Cursed King di Playstation 2 ataupun Nintendo 3DS beberapa tahun lepas, ini merupakan satu kostum yang pasti akan membuat anda mengenangkan kembali saat-saat ketika bermain permainan tersebut.

Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan JRPG oleh Square-Enix yang mana ia akan dilancarkan pada 4 September ini secara di konsol Playstation 4. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 5 September ini di Steam.

Square-Enix juga sebelum ini mengumukan edisi terhad dan edisi biasa yang mana ia bakal tiba buat pasaran Malaysia bermula dengan harga RM199.


TIPS & ULASAN