Minggu ini, melalui saluran rasmi Youtube Square-Enix, mereka mengumumkan bahawa peta kawasan Insomnia Citadel dari Final Fantasy XV akan tiba buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT.
Menurut Square-Enix, peta ini akan dilancarkan melalui kemaskini permainan pada Oktober ini. Manakala bagi versi Arked, ianya akan tiba pada 10 Ogos ini.
Peta kawasan ini merupakan antara peta kawasan ikonik buat permainan Final Fantasy XV dimana ia adalah peta latihan buat permainan tersebut dan juga ianya merupakan peta kawasan bahagian akhir ketika bertempur dengan ketua musuh Final Fantasy XV.
Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di sini.