The World Ends With You merupakan permainan JRPG oleh Square Enix yang dikeluarkan pada tahun 2007 lagi untuk Nintendo DS. Nintendo melalui Direct Mini pada awal Januari tahun ini mengumumkan permainan tersebut akan dikeluarkan semula untuk Switch dengan beberapa penambahan kandungan.

Versi switch yang dipanggil The World Ends With You: Final Remix diumumkan akan dikeluarkan pada suku keempat tahun ini semasa E3 Jun lepas. Hari ini, Nintendo mengumumkan yang permainan tersebut akan tiba pada 12 Oktober 2018.

Selain penambahan kandungan, Final Remix ini juga akan menyertakan muzik yang baharu. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk bermain balik permainan ini di konsol terbaru.

Sohor Kini