Humble Bundle sedia terkenal dengan penawaran koleksi permainan video pada harga yang sangat murah. Terkini, Humble Bundle hadir dengan penawaran permainan bergenre sukan, dibawah koleksi yang dinamakan Humble Sports Bundle.

Humble Sports Bundle

Melalui penawaran masa terhad yang baru ini, pengguna boleh mendapatkan tiga permainan video, iaitu Grid 2, Sega Bass Fishing dan juga Hockey Manager dengan sumbangan minima $1.

Untuk sumbangan purata minima (kini sekitar $6), pengguna boleh mendapatkan empat lagi permainan tambahan, iaitu Motorsport Manager, DiRT Rally, Super Blood Hockey, dan juga diskaun 75% untuk Football Manager 2018.

Pengguna yang meminta sukan F1 juga turut boleh membayar $12 untuk menerima kesemua permainan diatas, dan juga permainan F1 2017.

Seperti biasa, semua permainan ini ditawarkan dalam bentuk digital melalui Steam. Bagi anda yang berminat, boleh menyemaknya hari ini pada laman rasmi Humble Bundle.

Beli: Humble Sports Bundle

Sohor Kini