Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memperacahkan Permainan Bravely Default Seterusnya

Square-Enix Memperacahkan Permainan Bravely Default Seterusnya

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Dengan hasil edaran lebih dari 1 juta dengan hanya 3 minggu pelancaran, permainan Octopath Traveller sememangnya antara permainan JRPG yang sangat laku baru-baru sehingga menyebabkan Square-Enix kehabisan stok permainan tersebut.

Terkini, melalui akaun Twitter rasmi permainan Bravely Default, mereka mengucapkan terima kasih buat peminat dan pada masa yang sama menyatakan bahawa mereka berharap peminat nantikan permainan seterusnya oleh Business Division 11, iaitu bahagian Square-Enix yang bertanggung jawab untuk siri permainan Bravely Default.

Menariknya, karya seni yang dikongsikan oleh mereka mempunyai bayangan watak Airy iaitu watak pari-pari di dalam siri Bravely Default tersebut. Sememangnya ini satu acahan yang sangat sinis memandangkan mereka telahpun berkongsi imej tersebut secara tersembunyi sebelum ini.

Walaupun begitu, buat masa ini Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang pengumuman rasmi berkenaannya. Akan tetapi ini merupakan sesuatu yang menarik kerana permainan yang dihasilkan oleh mereka sememangnya sangat terkenal dengan ciri-ciri JRPG klasik sekaligus menjadi kegilaan ramai peminat.

Bagi anda yang masih belum membaca dan menonton ulasan kami buat permainan Octopath Traveller, anda boleh berbuat demikian di pautan bawah yang mana permainan tersebut juga dibangunkan oleh Square-Enix.

Ulasan Octopath Traveler – Permainan JRPG Yang Menarik Tetapi Penceritaan Mendatar


TIPS & ULASAN