Skip to main content

Cherrymochi dan Mebius hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Tokyo Dark: Remembrance di konsol Playstation 4 dan Switch pada musim sejuk ini iaitu antara Disember 2018 sehinggalah Mac 2019.

Permainan tersebut asalnya dilancarkan di PC melalui Steam tahun lepas yang mana ia merupakan permainan pengembaraan seram misteri dan merupakan salah satu permainan kolektif Square-Enix. Kini, menurut pembangun, permainan Tokyo Dark: Remembrance merupakan edisi lengkap yang mana mereka membangunkannya dengan sebilangan penceritaan baru.

Bagi anda yang meminati siri permainan seram, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini.

Leave a Reply