Informasi Permainan Video Terkini
Edisi Fizikal Steven Universe: Save The Light Akan Menyertakan Permainan OK K.O.! Let’s Play Heroes

Edisi Fizikal Steven Universe: Save The Light Akan Menyertakan Permainan OK K.O.! Let’s Play Heroes

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Antara siri kartun yang terkenal di Cartoon Network, Steven Universe: Save The Light kini bakal tiba di pasaran secara fizikal dimana Outright Games akan mengeluarkannya pada 30 Oktober ini. Menariknya, versi fizikal permainan tersebut akan menyertakan bersama permanan OK K.O.! Let’s Play Heroes.

Kedua-dua permainan tersebut telah pun dilancarkan secara digital di Playstation 4 dan Xbox One, namun pengumuman ini juga merupakan pengumuman pertama bahawa kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Switch juga.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya secara berasingan, Cartoon Network akan melancarkannya secara digital dimana anda boleh mendapatkannya secara berasingan dengan harga $24.99(~RM102) untuk Steven Universe: Save The Light. Manakala OK K.O.! Let’s Play Heroes akan dijual dengan harga $19.99(~RM82). Namun jika anda ingin mendapatkannya secara fizikal dan berkas bersama-sama kedua-dua permainan tersebut, ia akan dijual dengan harga $39.99(~RM164).

Kedua-dua permainan tersebut merupakan permainan yang asalnya daripada siri kartun di Cartoon Network yang mana setiap satunya mempunyai cerita tersendiri.

Steven Universe: Save The Light merupakan permainan yang dibangunkan oleh Grumpyface Studio dan ianya adalah permainan sekuel kepada Steven Universe: Attack The Light yang dilancarkan di sebagai permua beberapa tahun lepas. Ia merupakan RPG yang memfokuskan pemain untuk membina sekumpulan watak bersama-sama melengkapkan kemahiran dan kelengkapan untuk bertempur dengan musuh.

Manakala OK K.O.! Let’s Play Heroes pula merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Capybara Games yang berdasarkan siri kartun OK K.O.! Let’s Be Heroes. Permainan ini bertempatkan di dunia yang penuh dengan adiwira dimana pemain akan bermain sebagai K.O. iaitu seorang budak yang bercita-cita untuk menjadi adiwira terkenal.

Bagi anda yang meminati siri kartun ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya pada Oktober ini di konsol pilihan anda.


TIPS & ULASAN