Windjammer, iaitu permainan perlawanan frisbee yang dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita tahun lepas kini diumumkan bakal tiba buat konsol Switch.
Melaluinya trailer diatas, DotEmu mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut pada tahun ini yang mana juga akan menyertakan sokongan multi-pemain secara atas talian dan juga sokongan multi-pemain melalui alat kawalan JoyCon.
Permainan tersebut asalnnya merupakan salah satu permainan berbentuk retro yang dilancarkan pada tahun 1994 di arked dan juga di konsol NeoGeo.
Buat masa ini, DotEmu masih belum berkongsi tarikh pelancarannya, namun bagi anda yang tidak sabar, mereka menyatakan bahawa ianya akan tiba tahun ini.