Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Rasmi Persona Q2: New Cinema Labyrinth Dipertontonkan Oleh Atlus

Trailer Rasmi Persona Q2: New Cinema Labyrinth Dipertontonkan Oleh Atlus

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Semalam, Atlus mengumumkan secara rasmi bahawa mereka akan melancarkan Persona Q2: New Cinema Labyrinth November ini.

Kini, mereka akhirnya mempertontonkan trailer rasmi buat permainan tersebut yang memaparkan sebahagian adegan-adegan permainan.

Melalui Persona Q2: New Cinema Labyrinth, pemain kali ini akan terperangkap di dalam dunia filem dimana pemain perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari dunia tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan menyertakan watak-watak dari Persona 3, Persona 3 Portable, Persona 4 dan juga Persona 5. Menariknya juga, permainan ini tampaknya juga akan menyertakan watak baru yang mana ia seakan watak utama di dalam permainan  tersebut.

Bagi anda yang pernah bermain permainan Persona Q: Shadow Of Labyrinth, permainan Persona Q merupakan permainan sampingan buat siri Persona yang penceritaanyannya tersendiri. Dari segi grafik, permainan ini mempunyai rekaan visual yang lebih comel dan bentuk permainan yang lebih ke arah dungeon crawler.

Persona Q2: New Cinema Labyrinth akan dilancarkan secara esklusif di konsol Nintendo 3DS pada 29 November 2018 ini buat pasaran Jepun. Bagi pasaran global, Atlus tidak berkongsi sebarang pengumuman.


TIPS & ULASAN