Dengan berlangsungnya acara EVO 2018 hujung minggu lepas, terdapat pelbagai pengumuman berkenaan permainan perlawanan dimana ARIKA, yang baru sahaja melancarkan permainan Fighting EX Layer Jun lepas, minggu ini mengumumkan bahawa watak terkenal dari siri Fatal Fury oleh SNK, Terry Bogard akan tiba buat permainan Fighting EX Layer.

Mereka memperacahkan watak tersebut melalui video di atas dimana Terry Bogard melakukan gaya ikonik beliau. Tampaknya, selain berubah jantina, Terry Bogard sekali lagi akan melompat ke permainan perlawanan lain dan pastinya akan menarik pelbagai lagi peminat-peminat permainan tersebut.

Selain itu, ARIKA juga mengumumkan dua watak seterusnya untuk permainan tersebut iaitu Pullum Purna dan Vulcano Rosso yang mana ianya bakal tiba sebagai kemaskini percuma sekitar penghujung Ogos ini. ARIKA juga sempat mengacah watak Area dan Sharon melalui video yang sama.

Fighting EX Layer merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh ARIKA, yang mana mereka terkenal sebagai pembangun permainan Street Fighter EX. Permainan tersebut dibangunkan secara esklusif di Playstation 4 dan ia telahpun dilancarkan Jun lepas. Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya melalui PSN Store.

Sohor Kini