Football Manager 2019 Akan Dikeluarkan Pada 2 November 2018

Siri Football Manager merupakan siri permainan simulasi pengurusan bola sepak yang paling dikenali ramai dan dibangunkan oleh Sports Interactive. Permainan terbaru untuk siri ini iaitu Football Manager 2019 akhirnya diumumkan bakal tiba pada 2 November 2018 untuk PC.

Selain itu, FM 2019 Mobile dan FM 2019 Touch turut akan dikeluarkan pada tarikh yang sama. FM 2019 Mobile adalah versi permua yang akan dikeluarkan untuk iOS dan Android. Manakala, FM 2019 Touch adalah versi lebih ringkas yang akan disertakan bersama dengan FM 2019 untuk PC ataupun boleh dibeli secara berasingan.

Sports Interactive tidak berkongsi lanjut mengenai pembaharuan untuk FM 2019. Namun, mereka menyatakan maklumat lanjut akan dikongsikan pada akhir Oktober.

FM 2019 dijual dengan harga RM139 (RM125.10 jika pra-tempah) manakala FM 2019 Touch secara berasingan dijual dengan harga RM 75 di Steam.

Steam: Football Manager 2019

Steam: Football Manager 2019 Touch

Sohor Kini