Informasi Permainan Video Terkini
Cooler Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat Dragon Ball FighterZ

Cooler Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat Dragon Ball FighterZ

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Bandai Namco minggu ini selain mengumumkan Astaroth dan Seong Mi-na untuk Soul Calibur VI di EVO 2018 turut mengumumkan Cooler sebagai watak seterusnya buat Dragon Ball FighterZ.

Melalui trailer baharu yang memperlihatkan pertempuran Goku dan Vegeta Base yang diumumkan sebelum sebelum Cooler membuat penampilan.

Cooler merupakan abang kepada Frieza yang pertama kali dipekenalkan melalui filem Dragon Ball Z: Cooler’s Revenge. Goku dan Vegeta Base akan dikeluarkan pada bulan ini, tarikh pengeluaran Cooler masih tidak dinyatakan.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.


TIPS & ULASAN