Informasi Permainan Video Terkini
Broken Sword 5 Diumumkan Untuk Switch – Bakal Tiba Pada 21 September 2018

Broken Sword 5 Diumumkan Untuk Switch – Bakal Tiba Pada 21 September 2018

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Broken Sword 5: The Serpent’s Curse merupakan permainan pengembaraan point & click yang dikeluarkan pada 2013 bagi episod pertama dan 2014 bagi episod kedua untuk PC. Kemudian, ia juga dikeluarkan untuk PlayStation Vita, PlayStation 4, Xbox One dan juga permua.

Minggu ini pembangun Revolution Software mengumumkan permainan tersebut akan turut dikeluarkan untuk Switch pada 21 September 2018. Versi Switch akan menyertakan antara-muka baharu disebabkan Switch mempunyai dua mod iaitu secara di TV dan mudah alih.

Selain itu, versi Switch juga akan menyertakan video dokumentari belakang tabir yang pemain akan nyah-kunci sepanjang permainan.


TIPS & ULASAN