Square-Enix hari ini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan JRPG akan datang, iaitu Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age yang mana mereka memperlihatkan watak-watak teman pemain untuk sepanjang pengembaran permainan tersebut.
Melaluinya, terdapat pelbagai watak yang menarik seperti Erik, Veronica, Serena, Sylvando, Jade dan Rab yang setiap satu mempunyai kemahiran yang berbeza. Melaluinya, mereka akan menjadi peneman watak utama permainan tersebut sepanjang pengembaran di dalam dunia Erdrea tersebut.
Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan JRPG oleh Square-Enix yang mana ia akan dilancarkan pada 4 September ini secara di konsol Playstation 4. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 5 September ini di Steam.
Square-Enix juga sebelum ini mengumukan edisi terhad dan edisi biasa yang mana ia bakal tiba buat pasaran Malaysia bermula dengan harga RM199.