Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Baru Monkey King: Hero Is Back Dipertontonkan – Bakal Tiba Awal 2019

Trailer Baru Monkey King: Hero Is Back Dipertontonkan – Bakal Tiba Awal 2019

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami berkongsi permainan yang dibangunkan oleh Hexa Drive iaitu Monkey King: Hero Is Back ketika acara ChinaJoy 2017 dan kini, pada acara yang sama iaitu ChinaJoy 2018 yang berlangsung di Shanghai minggu ini, Hexa Drive mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut.

Permainan ini merupakan adaptasi dari filem animasi dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 2015 lepas. Ia dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment bersama Hexa Drive, diselia oleh October Media dan dikeluarkan seluruh dunia oleh Oasis Games.

Permainan ini merupakan permainan berbentuk, pengembaraan dimana pemain akan bermain sebagai Monkey King atau Jiang Lieur dan mengembara bersama penceritaan seperti di dalam filem – disamping penambahan cerita dan musuh yang baru.

Menariknya, berdasarkan trailer yang dipertontonkan, permainan ini kelihatan mempunyai bentuk permainan pengembaraan yang sangat menarik minat kami terutamanya bentuk pertempuran dengan pelbagai jenis musuh.

Buat masa ini permainan ini dijadual untuk dilancarkan pada awal 2019 esklusif buat konsol Playstation 4.


TIPS & ULASAN