Informasi Permainan Video Terkini
Terry Bogard Versi Wanita Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat SNK Heroines: Tag Team Frenzy

Terry Bogard Versi Wanita Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat SNK Heroines: Tag Team Frenzy

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

SNK sememangnya terkenal dengan permainan perlawanan seperti The King Of Fighters dan Fatal Fury. Salah satu watak yang sering berada di dalam permainan tersebut adalah Terry Bogard.

Kali ini, SNK tidak melepaskan peluang untuk membawa watak Terry di dalam permainan perlawanan akan datang mereka, iaitu SNK Heroines: Tag Team Frenzy. Namun, memandangkan permainan tersebut dipenuhi dengan watak-watak wanita, SNK tampaknya menukarkan watak Terry Bogard, kepada versi wanita untuk melengkap tema permainan tersebut.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan di atas, Terry Bogard tampaknya seolah ditukarkan jantina oleh penjahat di dalam permainan tersebut dan seperti watak-watak wanita lain, pemain juga berupaya untuk menukar kostum-kostum Terry tersebut.

Sekaligus dengan penyertaan watak Terry Bogard, permainan ini akan mempunyai 14 watak yang tersedia untuk dimainkan termasuklah watak-watak SNK lain seperti Athena Asamiya, Kula Diamon, Mai Shiranui dan sebagainya.

SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Permainan ini akan dilancarkan pada 7 September ini khas di konsol Playstation 4 dan Switch.


TIPS & ULASAN