Skip to main content

Sebelum ini, Square-Enix dan DONTNOD Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Life Is Strange 2 pada September ini dan kini, mereka mempertontonkan video acah baru sempena permainan tersebut.

Tidak banyak informasi yang dikongsikan di dalam video acah tersebut, namun berdasarkan apa yang dipertontonkan, tampaknya Life Is Strange 2 bakal memfokuskan kuasa yang lebih lagi daripada kuasa yang terdapat di dalam Life Is Strange yang pertama. Ia juga kelihatan seolah kuasa yang terdapat di dalam Awesome Adventure Captain of Spirit dimana ia dikatakan sebagai penghubung penceritaan untuk Life Is Strange 2.

Namun, ketika penghujung trailer tersebut, ia menyatakan bahawa informasi lanjut akan diumumkan pada 20 Ogos 2018. Sama-sama kita nantikan informasi baru yang bakal dikongsikan oleh Square-Enix pada tarikh tersebut.

Life Is Strange 2 dirancang untuk dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Menurut pembangun, permainan tersebut akan mempunyai lima episode dan episod pertama permainan tersebut akan dilancarkan pada 27 September 2018 ini.

Leave a Reply