China Hero Project merupakan initiatif Playstation membantu pembangun-pembangun permainan di Cina. Antara permainan yang dibangunkan di bawah initiatif tersebut adalah Kill-X dan juga Lost Soul Aside yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.
Mei lepas, Sony memperlihatkan perkembangan pembangun-pembangun tersebut dengan video dokumentari khas dan kini, Sony berkongsi satu trailer baru khas sempena acara ChinaJoy 2018 yang berlangsung di hujung minggu ini di Shanghai.
Antara 5 permainan yang dipertontonkan adalah:
- Kill X daripada VIVAGAMES
- Project Boundary daripada Studio Surgical Scalpels
- Pervader daripada Beijing Light & Digital Technology
- Hardcore Mecha daripada Rocket Punch
- Lost Soul Aside daripada Ultizero Games
Melalui video tersebut, setiap permainan memaparkan bentuk trailer yang baru disamping memaparkan bentuk permainan bersama-sama adegan permainan.
Antara yang menarik minat kami adalah Lost Soul Aside yang mana asalnya permainan tersebut dibangunkan oleh seorang pembangun sahaja. Kini dengan kerjasama Sony dan dibawah naungan China Hero Project, permainan tersebut tampaknya berada di dalam proses pembangunan yang baik.
Melalui video diatas, Ultizero Games juga memperacahkan watak baru buat permainan tersebut bersama-sama memperlihatkan bentuk permainan yang baru. Seperti trailer sebelum ini, permainan tersebut masih lagi mempunyai bentuk permainan yang pantas dan memfokuskan watak Kazer.
Bagi permainan-permainan lain, tidak banyak yang dikongsikan, namun, VIVAGAMES menyatakan bahawa Kill X akan dilancarkan pada musim sejuk 2018 iaitu antara bulan Disember sehingga Mac 2019 manakala Project Boundry akan dilancarkan 2019 ini.
Bagi anda yang ingin menonton kesemua permainan yang diumumkan, anda boleh berbuat demikian pada video diatas dan jangan lupa untuk berikan pendapat anda di ruangan di bawah.