Informasi Permainan Video Terkini
Watak Baru Diego Diumumkan Buat Permainan Dead Or Alive 6
PC

Watak Baru Diego Diumumkan Buat Permainan Dead Or Alive 6

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Bersempena dengan acara kejohanan permainan perlawanan EVO 2018 yang bakal berlangsung hujung minggu ini, Koei Tecmo hari ini mengumumkan watak baru, Diego buat permainan Dead Or Alive 6.

Diego merupakan watak baru yang buat pertama kalinya tiba di permainan Dead Or Alive 6 ini. Beliau merupakan watak memfokuskan pertempuran jalanan dari New York.

Selain itu, watak Rig dari Dead Or Alive 5 juga diumumkan bakal kembali dan pada masa yang sama Koei Tecmo juga berkongsi bentuk permainan bagi kedua-dua watak tersebut dimana anda boleh menontonnya di atas.

Menurut Koei Tecmo, informasi tambahan berkenaan permainan tersebut akan diumumkan ketik acara EVO 2018 yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

Dead Or Alive 6 merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi seperti Tekken. Ianya dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo khas di Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN